Aktiviti Terkini Pusat Sumber Sekolah

Aktiviti Terkini Pusat Sumber Sekolah 2011

Monday, 19 September 2011

Kursus Blogger Guru Perpustakaan dan Media Kluang 2011

Salam,

Satu kursus membina blog untuk Guru Perpustkaan dan Media daerah Kluang anjuran BTPNJ, PKG Kluand dan Majlis Guru Media daerah kluang, akan diadakan pada 20 hingga 22 September 2011, bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor. Seramai  42 orang GPM dan Pegawai Pusat Kegiatan Guru Daerah Kluang akan menyertai kursus ini.

Objektif Kursus

1. Meningkatkan kemahiran ICT Guru Perpustakaan dan Media.
2. Membina laman blog pusat sumber sekolah masing-masing.
3. Melatih jurulatih  blog untuk PKG daerah Kluang.
4. Mewujudkan rangkaian Pusat Sumber Sekolah seluruh daerah Kluang  yang boleh berkongsi maklumat
    dan kepakaran.
5. Memudahkan pemantauan aktiviti PSS sekolah seluruh Johor oleh BTPNJ ataupun JPNJ secara online.

Kursus akan disampaikan oleh:

1. En. Ismail bin Yon Guru Cemerlang Media'
2. Pn. Norashikin binti Mustafa GPM SK. Kg. Melayu
3. Pn. Fadilah bte Shahran GPM SK Perempuan Bandar
4. En. Suhaimi bin Paiman GPM  SMK Jalan Kota Tinggi
5. En. Noremy bin Rasip Pegawai PKG Kluang Timor
6. En. Ahmad bin Robi PKG Bandar Renggam

Taklimat I- NILAM SMKJM 2011

Salam,



Satu taklimat I_NILAM telah di adakan untuk semua guru SMK Jalan Mengkibol, di bilik mesyuarat Sri Andalas SMKJM. Melalui taklimat ini guru telah didedahkan mengenai tatacara mengisi data NILAM dan juga peranan mereka dalam melaksanakan program NILAM di sekolah. satu sesi taklimat juga telah diadakan pada 25 Ogos 2011  untuk Jawatankuasa NILAM sekolah bertempat di bilik tayangan  PSS SMK. Jalan Mengkibol. Jesteru itu mereka juga bolrh dijadikan tempat rujukan untuk mengisi data NILAM.

Terima Kasih PIBG SMKJM

Salam,


Warga Pusat Sumber Sekolah merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada PIBG SMKJM kerana telah sudi menyumbangkan hampirRM 15,000  untuk menyiapkan kemudahan 10 buah Komputer di bilik Akses  Kendiri untuk digunakan oleh para pelajar  dan guru . Alhamdulilah semua telah bersedia untuk beroperasi  dalam bulan September ini. Terima kasih tuan.

Lawatan Bersejarah ke Pusat Sumber Sekolah




Salam,

Pada 12 April 2011,Pusat Sumber Sekolah telah dikejutkan oleh satu lawatan dari Universiti Ming Chuan Taiwan. Lawatan diketuai oleh Profesor Dr. Lin Pin Chang, Dr. Kuang Hua Liu dan Dr. Po-Tsang Chen. Mereka telah melawati Pusat Sumber Sekolah dan beberapa tempat di SMK JM seperti bilik R & I, Bilik Guru, Pejabat, Bilik Mesyuarat dan persekitaran sekolah. Terima kasih kerana sudi mengungjungi Pusat Sumber Sekolah dan SMK.Jalan Mengkibol, Kluang.

Bulan Bahasa 2011


Bulan Bahasa SMKJM 2011








Pelancaran Program Koordinasi Panitia Bahasa Melayudan Panitia Bahasa Inggeris
Sempena Bulan Bahasa 2011.
Tarikh : 4 April 2011

Tempat : Dataran Kejat
Perasmian : En. Yew Kok Leh

Objektif
1. Meningkatkan minat murid-murid terhadap matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
2. Meningkatkan kemahiran pertuturan murid-murid dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
3. Meningkatkan kuantiti dan kualiti pencapaian PMR dan SPM.
4. Mengalakkan penglibatan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum.
5. Mengcungkil bakat pelajar

Aktiviti Sepanjang Bulan Bahasa

1. 12 April Bercerita
2. 7 April Menulis essei
3. 11 April Teka silangkata
4. 19 April Bahas
5. 14 April Ulasan novel
6. 21 April Sahibba
7. 26 April Mengeja
8. 7 April Buku Skrap
9. 21 April Karaoke Lagu rakyat
10. 26 April Deklamasi sajak
11. 14 April Mencipta sajak
12. 5 April Mencipta cerpen

Kempen Anti Ketagihan Internet SMKJM 2011
Ke arah gaya hidup sihat.

Salam,
Internet bagaikan pisau tajam. Pisau dapat mengukir sesuatu yang indah, dan juga dapat membunuh. Inilah pancaran kesannya. Pihak yang tidak bertanggungjawab boleh menyalurkan maklumat yang berunsur pornografi, propaganda, ajaran sesat, dan sebagainya melalui Internet. Adalah sukar bagi kita menghalang, menyaring, dan menyekat penggunaan dan pengaliran bahan negatif daripada meresapi minda kita. Hal ini memang membimbangkan kita. Pemuda pemudi kita mungkin terdedah kepada nilai yang bercanggah dengan nilai murni kita. Akibatnya, keruntuhan sosial mungkin berlaku. Internet menjajakan seks dan menyebarkan fitnah Berta menjadi lebuh raya sampah dan jaringan lucah berkelas dunia.
Internet juga membuka jalan kepada jenayah komputer. Orang yang mahir dalam komputer dapat menceroboh masuk ke dalam sistem komputer sesebuah syarikat menerusi laman webnya di Internet. Mereka mahir memecahkan kod sekuriti komputer untuk memasuki sistem komputer itu. Mereka akan mencuri maklumat penting untuk dijual kepada pesaing syarikat tersebut. Mereka juga dapat menukar atau merosakkan data di dalam komputer itu. Ada pula penjenayah yang menyebarkan virus tertentu melalui e-mel sehingga melumpuhkan sistem komputer. Terdapat pula pihak-pihak yang menganjurkan “skim cepat kaya” diInternet untuk menipu orang. Mereka mempelawai pengguna Internet menyertai skim itu dengan membayar yuran penyertaan. Sebenarnya, skim sedemikian tidak selamat dan orang yang menyertai skim tersebut kehilangan yuran penyertaan mereka. Sudah ada banyak kes penipuan dan jenayah komputer dilaporkan dalam akhbar. Hal ini menunjukkan Internet amat berbahaya jika disalahgunakan.
Ketagihan Internet juga akan mengubah hidup dan peribadi seseorang. Kita tidak perlu berganjak dari kerusi untuk mengikuti perkembangan antarabangsa. Orang yang dilanda “demam” Internet mungkin melupakan corak hidup yang perlu dilaksanakan. Mereka akan mengabaikan produktiviti kerja. Ibu bapa mengabaikan anak-anaknya. Manusia mungkin memencilkan diri semata-mata hendak menyelami maklumat dalam Internet yang tanpa batasannya. Amalan hidup berkelompok, bagai aur dengan tebing, akan terhakis. Sebaliknya, akan muncul amalan enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Oleh rtu, Internet merenggangkan hubungan sesama manusia.
Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi banyak mengubah kehidupan manusa. Kemajuan ini membukajendela kepada kemungkinan, kegilaan, dan malapetaka baru, bergantung pada cara-cara kita memanfaatkannya atau menyalahgunakannya. Ibu bapa perlu mengawasi anak-anak mereka ketika mereka melayari Internet. Ketahanan diri itulah yang menjamin kita tidak diracuni unsur negatif melalui Internet.
Dalam kehidupan insan, usia 15 tahun bak suatu permulaan mentah ke arah kedewasaan. Pada usia ini, seseorang masih tidak dibenarkn berumah tangga atu mengambil lesen memandu.
Namun begitu, tempoh ini merupakan tanda kematangan Internet telah mengubah tamadun manusia – daripada anak sehinggalah karyawan. Dari sudut kekeluargaan, warkah elektronik atau emel merupakan jambatan komunikasi yang mudah lagi murah. Tidak dinafikan, Internet telah sebati dengan budaya kemanusiaan pascamoden merentasi sempadan politik. Internet juga menyajikan blog sebagai warkah fikiran di alam siber. Technorati, sebuah pemantau Internet, merekodkan 112.8 juta blog di dunia. Lebih menarik lagi, 1.6 juta blog dikemaskini setiap hari dan ini bererti 18 blog diperbaiki pada setiap saat.
Blog remaja menduduki tangga ketiga sebagai blog yang paling kerap dikemaskini. Blog politik terus menjadi wadah minda yang penting sebagai nafas politik siber. Dalam tempoh 15 tahun, ICQ (Instant Messaging Computer Programme) muncul sebagai teknologi Internet pada akhir kurun ke-20.
ICQ diperkenalkan pada 1996 dan menjadi milik Amerika Syarikat pada 1998 dengan harga $407 juta. Semenjak awal kurun ke-21, anak muda terus terpesona dengan sistem sembang ICQ. Dari sudut psikologi sosial, ibu bapa pada mulanya menanggap perbuatan anak mengunakan komputer itu amalan baik kerana sekurang-kurangnya anak mereka sedang berjinak-jinak dengan teknologi.
Lazimnya, setiap yang baik ada pula lawan buruknya. Pengguna Internet mula terdedah kepada ancaman termasuk ketagihan permainan komputer, ketagihan bilik sembang, ketagihan lelaman lucah dan urus niaga secara kredit. Sebagai contoh, laporan agensi berita BBC menyatakan bahawa seorang pemuda Korea Selatan berusia 28 tahun telah maut selepas bermain permainan komputer yang bernama Starcraft selama 50 jam di kafè Internet. Dia dikatakan hanya tidur dan makan sedikit sepanjang sesi permainan komputer ini.
Yang jelas, budaya Internet baru ini merampas komunikasi bersemuka. Anak muda asyik dengan skrin komputer tetapi terus kekok menyantuni anggota keluarga dan sahabat. Blog seorang pelajar lelaki tempatan mendedahkan dia sanggup bergaduh dengan ibunya apabila dilarang bermain komputer. Ketika kecil, ibunya menghalangnya bermain di luar rumah agar dia terus belajar. Akhirnya dia ketagihan permainan komputer sehingga tidak berminat untuk menghabiskan kerja sekolah. Dia membayar pelajar sekelasnya untuk membuat kerja sekolah. Anehnya, pelajar ini bukan bebal kerana apabila kawannya sukar membuat soalan matematik sekolah, dia dapat menyelesaikannya dengan cepat.
Seorang remaja lelaki pula telah mencari jaguh permainan komputer untuk membeli status pemain. Blognya mendedahkan bahawa $200 dibayar untuk status baru dalam permainan komputer. Penjualnya menggunakan kata laluan baru di komputer riba secara sulit pada waktu malam. Selepas menukarkan kod permainan, remaja lelaki ini menjadi ketua permainan komputer yang disegani di Internet dalam masa sekelip mata.
Budaya Internet juga menyelinap ke dalam industri filem, termasuk hiburan bersifat cerita, bernyanyi, berjoget dan berlawak. Dengan ini, suatu takrifan baru tentang pergaulan semuka manusia berasaskan teknologi Internet muncul.
Dengan lautan maklumat yang tidak terbatas, Internet menjanjikan kepuasan maksimum. Hubungan remaja dan teknologi akan terus erat di alam globalisasi. Namun, nilai kemanusiaan dan budaya hidup akan jadi taruhan jika pengguna, terutama ibu bapa, guru dan pihak berkuasa, tidak berwaspada.

Senyum Sokmo
Tanda anda kemaruk internet
1. Anda menulis alamat rumah anda semasa mengisi apa-apa borang dengan alamat email atau url blog anda.
2. Loceng di rumah anda bertulis “Click here to continue”
3. Pintu bilik mandi anda bertulis “WARNING: This website contains explicit adult material, please verify your age”
4. Anda menanyakan apakah ada email baru untuk anda kepada Posmen.
5. Ketika bertemu dengan rakan lama anda akan berkata: lu g mana? gua “ping” pesal ‘no reply’?
6. Anda menggunakan Google untuk mencari anak anda yang sudah tiga hari tidak pulang ke rumah.
7. “Unable to locate your server!” kata Anda ketika menerima telefon yang tersalah dail.
8. Anak-anak Anda diberi nama Ajoi.gov supaya dia jadi pegawai kerajaan atau Ajoi.edu supaya dia jadi mahasiswa nanti.
9. Anda susah menggerakkan jari anda kerana anda sudah online selama 36 jam.
10. Ketika kereta anda terlepas simpang , yang pertama anda cari adalah tombol UNDO.
11. Anda memperkenalkan diri sebagai: youremail@… atau .domain.com
12. Anda keluar dari komuter dengan berkata “request time out!!!”
13. Ketika hidup anda mengalami stress, anda akan terfikir mengapa tubuh anda tidak dilengkapi dengan tombol Ctrl-Alt-Del.
14. Ketika anda sedang bersama dengan isteri, pintu bilik anda ada tulisan “you don’t have permission to access it”.
15. Ketika cinta anda ditolak awek anda selalu berkata “This program is not responding” sambil geleng2 kepala.
16. Jika ada orang lain yang mendekati awek anda, anda berkata kepada mamat tersebut “Sorry This Page Has Been Owned By ….”

Amalkan Gaya Hidup Sihat

Menyertai Pertandingan "Mighty Minds"





Program : Pertandingan "Mighty Minds" Kebangsaan peringkat Negeri Johor.
Tarikh : 9 Julai 2011
Tempat : Danga City Mall Johor Baharu
Peserta :  8 orang pelajar

Pusat Sumber Sekolah  Menghantar seramai  8 orang pelajar menyertai pertandingan ini, mereka di dedahkan dengan aktiviti mencabar minda dan menguji kedalaman ilmu pengetahuan sedia ada dan pengetahuan am.

Pertandingan "spell it right Kebangsaan"




Bersama Pn Nurul Huda  binti Abdul Wahab penyelaras PSS membawa pelajar ke pertandingan "Spell  it right" di Johor Baharu. pada 17 april 2011. PSS telah menghantar seramai 10 orang peserta untuk menyertai pertandingan ini.

Pentas terbuka tontonan bakat





Bilik Akses kendiri telah beroperasi




Salam,

Bilik akses kendiri telah mula digunakan oleh para pelajar pada April 2011. aktiviti perbincangan kumpulan bersama guru dan membuat ulangkaji sendiri dan berkumpulan telah dilaksankan dibilik akses kendiri. Pelbagai bahan rujukkan terbaru untuk murid-murid akan disediakan di bilik ini.

Pusat Sumber Kembali Beroperasi

April 2011 PSS SMKJM telah kembali beroperasi  dengan memberikan perkhidmatan kepada para pelanggan khususnya kepada guru dan pelajar pengguna Pusat Sumber Sekolah untuk NILAM telah mula beroperasi.



Perjalanan baru bermula


Januari 2011 hingga Julai 2011 Pembinaan semula PSSSMKJM