Aktiviti Terkini Pusat Sumber Sekolah

Aktiviti Terkini Pusat Sumber Sekolah 2011

Tuesday 16 April 2013

Pusat Sumber Lambakan Ilmu

Salam,

Seringkali kita melihat para pelajar dan guru -guru jarang menggunakan pusat sumber sekolah sebagai tempat untuk meneruskan aktiviti pembelajaran selepas waktu persekolahan. Beberapa faktor boleh diambil kira seperti pss terletak ditempat yang jauh. di tingkat empat. panas  dan tidak selesa , kekurangan bahan rujukan dan bacaan yang menarikminat pelajar serta pss ditutup kerana tidak ada guru mahupun pembantu pss untuk memastikan ianya beroperasi seperti yang dikehendaki oleh pelanggannya. PSS dengan peruntukan pcg sedia ada mahupun melalui bantuan komuniti setempat harus diperlengkap dengan segala kelengkapan dan bahan yang memadai untukmenarik minat para pelajar mengunjungi dan menggunakan nya pada setiap masa.

 Usaha yang tinggi dan gigih harus digembelingkan oleh semua pihak untuk memastikan kemahiran pembelajaran kendiri dapat dipraktikan oleh pelajar sama ada dengan bimbingan guru ataupun tidak. Memandangkan pss adalah wadah yang perlu diikuti dan digunakan oleh para pelajar selepas dari alam persekolahan untuk menuju zaman kolej dan universiti. Langkah pertama di pusat sumber sekolah akan memberikan dan memperluaskan  peluang serta berkeupayaan  meningkatkan kecemerlangan sesaorang pelajar . Sesungguhnya pusat sumber sekolah mampu memartabatkan kecemerlangan sesaorang individu. Manakala guru-guru yang menggunakan pusat sumber sekolah sebagai tempat untuk membimbing pelajar dengan menggunakan bahan bahan yang disediakan oleh diberikan pujian dan galakan untuk memastikan para pelajar ini cinta buku dan merindui lambakan ilmu. Apatah lagi jika ianya disediakan secara percuma dan selesa.Tahniah cikgu!














Pusat Sumber Sekolah dan komuniti

Salam,

Komuniti merupakan masyarakat setempat yang mempunyai hubungan rapat dengan sekolah sama ada terletak berhampiran mahupun anak-anak ahli komuniti bersekolah di sekolah yang berhampiran. Perhubungan yang erat ini seharus boleh dimenafaatkan  untuk memberikan sedikit bandtuan dan kecaknaan terhadap pembangunan pusat sumber sekolah. Pelaksanaan hubungan ini dapat dilakukan dengan cara yang amat mudah sebagai contohnya melalui sumbangan bahan bacaan terpakai . Bahan ini boleh disumbangkan secara terus kepada pusat sumber sekolah untuk digunakan oleh pelajar dan guru. Sesungguhnya ilmu yang tertulis di helaian buku itu tak kan hilang berzaman waktu lamanya. Usaha yang murni dan cemerlang ini perlu diperbanyakkan .Terima kasih kepada  komuniti yang menyumbang bahan bacaan untuk PSS SMKJM.







Monday 1 April 2013

KURSUS PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH












KURSUS PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
ANJURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
SMK. JALAN MENGKIBOL, 86000 KLUANG, JOHOR.

1.0       Pendahuluan
Pusat Sumber Sekolah perlu mempunyai barisan pengurusan yang berkemahiran, efektif dan berwawasan. Kursus Pengurusan Pusat Sumber Sekolah  dirancang untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh, terkini dan sistematik kepada semua Pengawas Pusat Sumber Sekolah selaras dengan visi sekolah untuk menjadikan Pusat Sumber SMK Jalan Mengkibol Pusat Sumber Cemerlang dengan berkeupayaan membangunkan minda cemerlang melalui kepelbagaian sumber pengajaran dan pembelajaran.

2.0       Rasional
2.1 Kebanyakan Pengawas Pusat Sumber Sekolah tidak mempunyai kursus asas dan pengetahuan yang menyeluruh mengenai pengurusan sebuah pusat sumber secara professional. Pengetahuan pengurusan pusat sumber ini akan membantu Pengawas Pusat Sumber Sekolah mengetahui peranan dan tanggungjawab mereka di pusat sumber sekolah serta dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab di PSS dengan lebih terarah, cekap dan berkesan.

2.2 Selaras dengan pembangunan modal insan ( PIPP: Teras 2), kursus ini seharusnya mampu membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran, menerapkan nilai, moral dan sikap positif serta membina disiplin diri di kalangan Pengawas Pusat Sumber .

3.0       Objektif  

3.1       Memberi pengetahuan dan kemahiran mengurus pusat sumber sekolah secara sistematik
           dan Professional kepada semua Pengawas Pusat Sumber Sekolah.
3.2      Melahirkan Pengawas Pusat Sumber yang berketrampilan, komited dan berdedikasi dalam  tugas.
3.3      Melatih Pengawas Pusat Sumber yang celik IT bagi meningkatkan pengurusan  Pusat Sumber
           Sekolah. 
 3.4     Menggalakkan penggunaan pusat sumber dan bilik akses sebagai satu gerbang ilmu  
           yang tidak  terbatas.
 3.5      Mewujudkan budaya mesra pelajar di kalangan Pengawas Pusat Sumber.

4.0       Jangkamasa  :  1 hari
            Tarikh   :  23  Mac 2013 (sabtu)
            Masa     :  8.00am – 5.00pm
            Tempat  :  Perpustakaan SMK Jalan Mengkibol Kluang, Johor