Aktiviti Terkini Pusat Sumber Sekolah

Aktiviti Terkini Pusat Sumber Sekolah 2011

Saturday 24 March 2012

LOGO Pengawas PSS SMKJM

Membina kerjasama dengan Badan Beruniform



Pusat Sumber SMK. Jalan Mengkibol merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Pasukan pengakap SJM kerana bersama-sama melibatkan diri dengan aktiviti di pusat sumber sekolah  dengan  menghias sudut pengakap . Usaha sebegini akan diteruskan dengan mengwujudkan sudut  Persatuan Bulan Sabit  Merah, Seni Silat dan Pasukan Pancaragam. Tahniah..

Pemantuan untuk perjalanan yang berkesanPusat




Salam,

Untuk memastikan pusat sumber diuruskan dengan lebih berkesan  4 buah CCTV telah di pasang di sekitar pusat sumber termasuk dua di pusat sumber, satu  di bilik akses kendiri, dan satu di luar pusat sumber. Sistem ini bukan sahaja dapat digunakan untuk memantau keselamatan  penggunaan dan bahan  di PSS tetapi juga dapat menyelesaikan  banyak masalah seperti kecurian kasut, beg, mengawasi pengawas bertugas, kehadiran pelajar dan yang penting dapat mengawal pelajar dari melakukan sebarang aktiviti yang melanggar peraturan pss mahupun peraturan sekolah. Selain dapat memantau secara langsung CCTV ini juga boleh merekod  dan dimainkan semula dengan format yang mudah. Mudah-mudahan usaha yang baik ini akan memastikan kelangsungan pengurusan dan pemantauan yang berkesan. Insyaalah.

Sunday 11 March 2012

Kursus Pengawas Pusat Sumber Sekolah










Program: Kursus Pengawas Pusat Sumber Sekolah 2012
Tarikh :10 Mac 2012
Tempat : Pusat Sumber Sekolah
Masa : 8.00 hingga 4.00 petang
Fasilitator : En. Ismail bin Yon
                   Pn. Khe Su Lin
Kehadiran : 80 orang pengawas PSS

Wednesday 7 March 2012

Taklimat SPSK PK/ 09 Pusat Sumber Sekolah





Program:Kursus Dalam Perkhidmatan SJM kali 1 2012
Tajuk;Pengurusan Berkesan dan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti
Tarikh: 25 Febuari 2012
Tempat: Bilik Mesyuarat SJM
Masa: 8.00-2.00 petang

Penekanan PK/09 (Pengurusan Kualiti Pusat Sumber Sekolah)

1. Rekod pinjaman
2. Rekod penggunaan
3.Analisis pengunaan dan pinjaman
4. Surat peringatan  pemulangan buku

Tuesday 6 March 2012

MAJLIS PELANCARAN NILAM 2012







Program: Majlis pelancaran NILAM 2012
Tarikh: 5 Febuari 2012
Masa; 7.20 - 8.05 pagi
Tempat : Dataran Kejat
OBJEKTIF PROGRAM
1. Meningkatkan penglibatan murid menggunakan Pusat Sumber Sekolah.
2. Menggalakan pelajar meningkatkan ilmu pengetahuan melalui pembacaan yang berterusan.
3. Memperkasakan program NILAM di sekolah.
4. Meningkatkan tahap pembacaan pelajar melalui program yang terancang.
5.Menjadikan membaca sebagai amalan hidup.

Aturcara
7.20 - Pelajar berkumpul di Dataran Kejat
7.25 - Pengetua dan guru-guru mengambil
tempat.
- Nyanyian Lagu Negaraku
- Nyanyian Lagu Bangsa Johor
- Ikrar
- Bacaan Doa
· Ucapan perasmian oleh
Tuan Pengetua
· Guntingan banting
· Lagu Nilam
· Persembahan Pelajar
· Ulasan Buku
· Bahasa Melayu
· Bahasa Inggeris
· Deklamasi Sajak
· Nyanyian Lagu Sekolah
· Majlis bersurai
Ahli Jawatan Kuasa Pelancaran NILAM merakamkan setinggi penghargaan kepada Tuan Pengetua, Guru-guru dan para pelajar yang telah bersama-sama melancarkan program NILAM SMKJM 2012. Walaupun majlis pelancaran ini terpaksa dilancarkan di dewan dalam keadaan hujan lebat namun begitu majlis telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan meriah. Terima kasih semua.