Aktiviti Terkini Pusat Sumber Sekolah

Aktiviti Terkini Pusat Sumber Sekolah 2011

Tuesday 6 December 2011

Memperkasakan Pusat Sumber di Mata Ibu Bapa







Salam,
Pusat Sumber sekolah merupakan satu elemen yang penting disekolah dalam merencana dan membantu guru dan pelajar meningkatkan pengetahuan dan kecemerlangan pelajar khususnya pencapaian akademik, melalui pelbagai kemudahan yang tersedia ada. Jesteru itu adalah amat perlu ibu bapa  mengetahui dan melihat sendiri perkembangan dan peranan pusat sumber di sekolah khususnya untuk membantu anak-anak mereka dalam pembelajaran dan pengajaran.  Pusat Sumber Sekolah merasa amat berbangga kerana telah dijadikan tempat berlangsungnya Majlis Anugerah SMKJM 2011. Anugerah ini meliputi anugerah perfect score, pelancaran majalah sekolah dan juga anugerah NILAM yang melibatkan kehadiran ibu ke pusat sumber sekolah. Para ibu bapa telah diberikan taklimat mengenai pernan Pusat Sumber Sekolah, Kemudahan-kemudahan yang terdapat di pusat sumber sekolah dan tak lupa juga usaha untuk menarik para pelajar menyertai pengawas pusat sumber sekolah.  Dalam usaha untuk menambah bilangan koleksi bahan buku di PSS .Ibu bapa juga diseru dan  digalakan menderma buku-buku terpakai kepada PSS sekolah.


Bagi pihak Pusat Sumber Sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengetua, barisan pentadbir, AJK  yang terlibat, para pelajar dan semua guru pusat sumber sekolah yang telah menjayakan majlis ini dengan cemerlangnya. Terima kasih .

Anugerah NILAM 2011
















Program : Anugerah NILAM dan Perasmian Bilik Akses Kendiri Pusat Sumber Sekolah
Tarikh : 11 November 2011
Masa: 9.30 pagi
Oleh. En.Ng Seong Mor YDP PIBG SMKJM


ANUGERAH NILAM
I.                  Anugerah Nilam Keseluruhan
NUR HAMIRA AINA ABDUL HALIM (4ST2)

II.                Anugerah Tahap Pembacaan Tahunan

TAHAP
NAMA
Jauhari
NUR HAMIRA AINA ABDUL HALIM (4ST2)
Tertinggi
1.ENG PEI QI (3RS)
2.YONG JIA LIN (3RS)
3.TEOH CHIN FANG (3RS)
Tinggi
1.NUR SARAH BT. AZIZ (1RT)
2.MICHELLE PHANG WUAN SHUEN (2RS)
3.KAM TING ZHEN (2RS)
4.NAZATUL FATIN BT. RAMLI (4PA2)
5.NURUL NASYIRAH ABDULLAH (2T2)
Sederhana
TAN GEOK PENG (2T2)







 










I. Guru paling Aktif Nilam 

PN.MAHARIAN BT. ABD. MAJID (sesi pagi)

CIK KAMINEE A/P SELVANATHAN (sesi petang)


2. Guru Peminjam Paling Aktif

PN.LOKE MUH ERH (sesi pagi)


PN. RAFIDAH BT. AHMAD (sesi petang)

Terima Kasih Sejunjung Budi

Salam,

Warga Pusat Sumber Sekolah SMKJM merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Pn. Nurul Huda Binti Abdul Wahab di atas segala jasa bakti yang telah dicurahkan semasa bertugas sebagai penyelaras pusat sumber. Sesungguh segala komitment puan amat kami sanjungi. Mudah-mudah pertukaran puan ke sekolah yang baru akan meningkatkan lagi kecemerlangan puan di dalam mengharungi dunia seorang guru dan pendidikan. Terima kasih puan.

Jamuan Akhir Tahun dan Anugerah Cemerlang Pengawas PSS









Program : Jamuan Akhir Tahun dan Anugerah Cemerlang Pengawas PSS 2011
Tarikh : 3 November 2011
Tempat : Bilik R & I
Masa : 2.30 petang
Kehadiran : Semua Pengawas Pusat Sumber Sekolah

Aturcara Majlis :
                           Bacaan Doa
                           Ucapan Aluan Guru Perpustakaan dan Media
                           Ucapan Tuan Pengetua  
                           Penyampaian Hadiah kepada
                          1. Pengawas PSS terbaik, Kumpulan terbaik, Pengawas Contoh,
                          2. Penyampaian Sijil kepada AJK tingkatan 5
                           Penyampaian Cenderahati kepada Pn. Nurul Huda binti Abdul Wahab 
                           Jamuan dan Majlis bersurai

Monday 19 September 2011

Kursus Blogger Guru Perpustakaan dan Media Kluang 2011

Salam,

Satu kursus membina blog untuk Guru Perpustkaan dan Media daerah Kluang anjuran BTPNJ, PKG Kluand dan Majlis Guru Media daerah kluang, akan diadakan pada 20 hingga 22 September 2011, bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor. Seramai  42 orang GPM dan Pegawai Pusat Kegiatan Guru Daerah Kluang akan menyertai kursus ini.

Objektif Kursus

1. Meningkatkan kemahiran ICT Guru Perpustakaan dan Media.
2. Membina laman blog pusat sumber sekolah masing-masing.
3. Melatih jurulatih  blog untuk PKG daerah Kluang.
4. Mewujudkan rangkaian Pusat Sumber Sekolah seluruh daerah Kluang  yang boleh berkongsi maklumat
    dan kepakaran.
5. Memudahkan pemantauan aktiviti PSS sekolah seluruh Johor oleh BTPNJ ataupun JPNJ secara online.

Kursus akan disampaikan oleh:

1. En. Ismail bin Yon Guru Cemerlang Media'
2. Pn. Norashikin binti Mustafa GPM SK. Kg. Melayu
3. Pn. Fadilah bte Shahran GPM SK Perempuan Bandar
4. En. Suhaimi bin Paiman GPM  SMK Jalan Kota Tinggi
5. En. Noremy bin Rasip Pegawai PKG Kluang Timor
6. En. Ahmad bin Robi PKG Bandar Renggam

Taklimat I- NILAM SMKJM 2011

Salam,



Satu taklimat I_NILAM telah di adakan untuk semua guru SMK Jalan Mengkibol, di bilik mesyuarat Sri Andalas SMKJM. Melalui taklimat ini guru telah didedahkan mengenai tatacara mengisi data NILAM dan juga peranan mereka dalam melaksanakan program NILAM di sekolah. satu sesi taklimat juga telah diadakan pada 25 Ogos 2011  untuk Jawatankuasa NILAM sekolah bertempat di bilik tayangan  PSS SMK. Jalan Mengkibol. Jesteru itu mereka juga bolrh dijadikan tempat rujukan untuk mengisi data NILAM.

Terima Kasih PIBG SMKJM

Salam,


Warga Pusat Sumber Sekolah merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada PIBG SMKJM kerana telah sudi menyumbangkan hampirRM 15,000  untuk menyiapkan kemudahan 10 buah Komputer di bilik Akses  Kendiri untuk digunakan oleh para pelajar  dan guru . Alhamdulilah semua telah bersedia untuk beroperasi  dalam bulan September ini. Terima kasih tuan.

Lawatan Bersejarah ke Pusat Sumber Sekolah




Salam,

Pada 12 April 2011,Pusat Sumber Sekolah telah dikejutkan oleh satu lawatan dari Universiti Ming Chuan Taiwan. Lawatan diketuai oleh Profesor Dr. Lin Pin Chang, Dr. Kuang Hua Liu dan Dr. Po-Tsang Chen. Mereka telah melawati Pusat Sumber Sekolah dan beberapa tempat di SMK JM seperti bilik R & I, Bilik Guru, Pejabat, Bilik Mesyuarat dan persekitaran sekolah. Terima kasih kerana sudi mengungjungi Pusat Sumber Sekolah dan SMK.Jalan Mengkibol, Kluang.

Bulan Bahasa 2011


Bulan Bahasa SMKJM 2011








Pelancaran Program Koordinasi Panitia Bahasa Melayudan Panitia Bahasa Inggeris
Sempena Bulan Bahasa 2011.
Tarikh : 4 April 2011

Tempat : Dataran Kejat
Perasmian : En. Yew Kok Leh

Objektif
1. Meningkatkan minat murid-murid terhadap matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
2. Meningkatkan kemahiran pertuturan murid-murid dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
3. Meningkatkan kuantiti dan kualiti pencapaian PMR dan SPM.
4. Mengalakkan penglibatan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum.
5. Mengcungkil bakat pelajar

Aktiviti Sepanjang Bulan Bahasa

1. 12 April Bercerita
2. 7 April Menulis essei
3. 11 April Teka silangkata
4. 19 April Bahas
5. 14 April Ulasan novel
6. 21 April Sahibba
7. 26 April Mengeja
8. 7 April Buku Skrap
9. 21 April Karaoke Lagu rakyat
10. 26 April Deklamasi sajak
11. 14 April Mencipta sajak
12. 5 April Mencipta cerpen