Aktiviti Terkini Pusat Sumber Sekolah

Aktiviti Terkini Pusat Sumber Sekolah 2011

Wednesday 8 August 2012

Persidangan Pelajar SMKJM 2012













Program Persidangan Pelajar SMKJM 2012 ini telah diadakan   pada 28 Julai 2012 bertempat di dewan SMK Jalan Mengkibol. Ianya telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Shaharuddin bin Sharif (Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran negeri Johor.

Objektif Program
1. Memberi peluang kepada pelajar untuk mengajar sesuatu yang mereka telah belajar agar menjadi lebih faham.
2. Meningkatkan kebolehan lisan dan kemahiran berfikir dalam kalangaj murid untuk membina keyakinan diri.
3. Melahirkan sekelompok pelajar yang berkalibar dan mampu untuk menjadi " role model" serta dapat mempengaruhi pelajar lain ke arah aktiviti yang positif.

Pusat Sumber Sekolah telah mengambil bahagian di dalam persidangan ini dengan memberikan tumupan kepada bahan-bahan yang terdapat di pusata sumber , sistem pengelasan dan bar code serta menunjukkan blog pusat sumber sekolah. PSS SMKJM mengucapkan tahniah kepada pengawas-pengawas PSS yang menyertai persidangan ini.

Upgrade Perkhidmatan Photostat terkini.

Salam,


Perkhidmatan photostat di Pusat Sumber Sekolah telah dinaik taraf dengan menggunakan mesin baru yang lebih canggih dan efisyen. Oleh itu semua warga SMKJM boleh terus menggunakan perkhidmatan ini tanpa ragu-ragu tentang kualiti cetakannya. Terima kasih di atas sokongan semua.

Cemerlang PSS Untuk Pelajar, Guru dan Warga SMK. Jalan Mengkibol

Video DVD terbaru 2012

Salam,
Video DVD  terbitan pusat sumber sekolah 2012 telah siap untuk ditontoni oleh warga SMKJM
1. Hari Anugerah Cemerlang dan Mesyuarat Agung PIBG 2012
2. Hari KOKO 2012
3. Hari Guru 2012
4. Kejohanan Olahraga 2012
5.Program Satu Murid Satu Sukan
6. Merentas Desa 2012
7. Persidangan Pelajar 2012
8. Album Gambar Kejohanan Sukan 2012
9. Karnival Sains dan Matematik 2012
10. Maulidurasul 2012

PAMERAN BERTEMA PUSAT SUMBER SEKOLAH

Program pameran bertema pusat sumber sekolah ini dilaksanakan sepanjang tahun mengikut keberatan dan keperluan berdasarkan peristiwa-peristiwa  dan isu-isu semasa yang timbul. Untuk tahun 2012 ini beberapa pameran bertema telah diadakan antaranya sempena hari buku sedunia, Sejarah yang dipertuan Agong, Sejarah kemerdekaan negara, Olimpik 2012, perayaan-perayaan di Malaysia dan pelbagai lagi. ianya bertujuan untuk memberikan info dan pengetahuan kerpada warga sekolah mengenai sesuatu isu,peristiwa  dan perkara yang berlaku dalam bulan-bulan penting negara kita.