Aktiviti Terkini Pusat Sumber Sekolah

Aktiviti Terkini Pusat Sumber Sekolah 2011

Wednesday 15 February 2012

Bengkel Folio NILAM Daerah Kluang 2012

Salam,







             Alhamdulilah buat sekian kalinya bengkel folio NILAM Daerah Kluang 2012 telah dapat diadakan  selama dua hari 15 hingga 16 Febuari 2012. Bertempat di Pusat Sumber Sekolah SMK Jalan Mengkibol, Kluang. Bengkel ini diadakan sebagai persediaan untuk calon NILAM yang berjaya di peringkat daerah Kluang  ke peringkat negeri pula. Alhamdulilah  usaha dan kerjasama erat antara MGPM dan PKG Kluang terus dilaksanakan dengan harapan dapat menghasilkan calon-calon berkualiti untuk kepentingan Daerah Kluang dan juga Negeri Johor itu sendiri. Terima kasih kepada semua fasilitator, guru-guru pengiring dan tak lupa kepada pegawai PKG yang terlibat. Mudah-mudahan usaha yang bersungguh mampu membawa pulangan yang berkesan.InsyAalah.

Tuesday 7 February 2012

Bimbingan Pengawas PSS





Salam,
Pusat Sumber Sekolah terus berjalan seperti biasa memasuki awal  tahun 2012. Jawatan pengawas PSS terus menjadi rebutan para pelajar khususnya pelajar-pelajar baru, Hampir 70 permohonan baru diterima untuk menjadi pengawas PSS. Beberapa tapisan, temuduga dan pengawas percubaan di adakan sepanjang sebulan ini (Febuari). Namun begitu terlalu banyak perkara yang perlu dilakukan secara segera bagi melicinkan pengurusan pusat sumber sekolah. Sebelum menunggu kursus pengawas pusat sumber diadakan. Pengawas percubaan PSS telah dibimbing dan diperkenalkan dengan sistem E-Source untuk mengurus pusat sumber. Mereka di dedahkan  penggunaan sistem ini secara terus dan berkumpulan mengikut kumpulan bertugas. Alhamdulilah mereka telah mampu menjana kad pintar  pelajar, memasukan rekod bahan buku dan menaik tahun pelajar 2012.