Aktiviti Terkini Pusat Sumber Sekolah

Aktiviti Terkini Pusat Sumber Sekolah 2011

Tuesday 24 April 2012

Sambutan Hari Buku Sedunia 2012






Program sambutan Hari Buka Sedunia
Tarikh : 23 April 2012
Masa : 7.45 pagi
Hari : Isnin

Program Pusat Sumber Sempena Hari Buku Sedunia

1. Pameran Buku di Dewan Sekolah 23 dan 24 April 2012
2. Kuiz Tokoh Buku Sedunia
3. Pameran Tokoh Penulis Agung di Pusat Sumber Sekolah
3. Jejak maklumat karya-karya besar


Program Pameran Buku Sempena 
Sambutan Hari Buku Sedunia











1.0   PENDAHULUAN
          Pusat sumber menjana  menjana generasi bistari merupakan   satu agenda yang perlu dan boleh direalisasikan khususnya melalui pembacaan. Pembacaan yang luas dan menjadi rutin harian merupakan kunci ke arah penambahahan ilmu pengetahuan yang tidak terbatas dan boleh diperolehi dengan cara yang mudah. Meskipun pusat sumber sekolah mempunyai koleksi bahan bacaan yang pelbagai dan boleh diguna pakai melalui pinjman secara terus ianya dirasakan tidak mengcukupi untuk menanam semangat cintakan buku. Jesteru dari itu semangat cintakan buku dapat dipupuk dengan cara memiliki buku tersebut untuk dijadikan koleksi peribadi.

2.0   RASIONAL
        Pendedahan dan pembelian secara  terus kepada buku-buku akan berupaya menanamkan semangat cintakan dan menghargai buku disamping pelajar dapat dididik untuk berkorban wang ringgit untuk membeli buku. Adalah diharapkan melalui pameran ini pelajar akan dapat menjadikannya sebagai asas kea rah pembudayaan buku dalam kehidupan.

3.0   OBJEKTIF
3.1   Mendidik pelajar supaya mencintai buku melalui pembelian buku-buku yang terbaru di pasaran.
3.2   Mengadakan dan menjalinkan hubungan usaha sama dengan pihak luar dalam memupuk semangat mencintai buku di kalangan pelajar.
3.3   Memberikan kemudahan kepada guru dan pelajar untuk memilih buku-buku yang mereka gemari yang terdapat di pasaran.
3.4   Mempelbagaikan aktiviti pusat sumber sekolah Sempena Hari Buku Sedunia.

4.0   TARIKH / TEMPAT/JANGKAMASA
4.1   23 & 24 April 2012
4.2   Dewan SMK. Jalan Mengkibol,Kluang.
4.3   8.00 pagi – 5.00 petang

Pindahan Dekoder Astro dari bilik tayangan lama ke bilik tayangan baru

Tarikh: 23 April 2012
Masa : 9.30 pagi


Sunday 22 April 2012

PROGRAM PINJAMAN BERKELOMPOK MENGGUNAKAN KHIDMAT PESANAN RINGKAS (SMS) (NILAM)

PUSAT SUMBER SEKOLAH
SMK.JALAN MENGKIBOL, KLUANG, JOHOR.

PROGRAM PINJAMAN BERKELOMPOK MENGGUNAKAN
KHIDMAT PESANAN RINGKAS (SMS)
(NILAM)




1.0  Pendahuluan

       Kedudukan pusat sumber di tingkat empat bangunan baru sedikit sebanyak memberikan masalah kepada guru-guru untuk membawa pelajar melaksankan program NILAM. Selain dari keduduannya yang jauh. Perjalanan yang mengambil masa selama  5 hingga 10 minit amat menyukarkan guru melaksanakan program NILAM ini. Kesan dari permasalahan ini menyebabkan pinjaman dan penglibatan pelajar dalam melaksanakan program NILAM amat terhad. Jesteru itu, Ahli Jawatan Kuasa PSS  telah mengambil keputusan untuk menggunakan sistem  khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi memudahkan guru meminjam buku secara berkelompok utuk digunakan di dalam bilik darjah.

2.0 Rasional :
         Pengggunaan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dilihat sebagai satu cara yang berkesan dan  mampu untuk menyelesaikan masalah perhubungan yang jauh dan memudah guru melaksanakan program NILAM di dalam kelas melalui pinjaman secara berkelompok. Penggunaan gadjet atau kemudahan ini membolehkan guru menerima buku yang hendak dipinjam dengan kadar segera tanpa perlu bersusah payah  pergi ke pusat sumber sekolah. Malah ianya akan menjamin pelaksanaan sistem NILAM secara aktif dan menyeluruh melibat semua guru dan pelajar dengan cara yang amat mudah .        
3.0 Objektif:
1. Menggalakkan pinjaman buku untuk program NILAM
2. Membantu guru-guru melaksanakan program NILAM di dalam bilik darjah.
3. Meningkatkan penglibatan guru dan murid dalam program NILAM.
4. Mengatasi  masalah guru pergi  ke pusat sumber di tingkat empat
5. Meningkatkan  penglibatan murid menggunakan Pusat Sumber Sekolah.
6. Menggalakan pelajar  meningkatkan  ilmu  pengetahuan melalui pembacaan yang berterusan.
7. Menjadikan membaca sebagai amalan hidup.

4.0  Tarikh :
       Perasmian majlis  2 April 2012
       Program bermula 2 April 2012 (Sepanjang tahun)


Tatacara pelaksanaan program penggunaan SMS untuk pinjaman berkelompok

1. SMS kan maklumat berikut:
1. Nama guru
2. Tingkatan
3. Tarikh diperlukan
4. Hari
5. Masa waktu mengajar
6. Bilangan pelajar
7. Mata pelajaran
SMS hendaklah dihantar selewat-lewatnya sehari sebelum program NILAM dilaksanakan. 
Buku akan dihantar ke kelas tuan/puan 10  minit sebelum Waktu pengajaran.
 Sila Hubungi :
1.        Pn.Zuraidah bte Atan
       019-7484198
2.        En. Ismail bin Yon-
0197294098
3.        Pn.Khe Su Lin-
               0127200185
4.        Pn. Siti Rohani bte Sapawi
               017-7606692
 
Tatacara Pinjaman

1.     SMS maklumat yang dikehendaki kepada nombor yang diberikan sehari sebelum pinjaman buku di buat.
2.     Guru/pembantu pusat sumber sekolah akan menerima SMS dan memasukan maklumat yang diberi ke dalam buku rekod pinjaman melalui SMS
3.     Menyediakan buku-buku pinjaman yang dikehendaki di dalam bakul yang mengandungi 40 buah judul buku.
4.     Pengawas Pusat Sumber Sekolah akan menghantar buku – buku yang dikehendaki ke kelas yang telah ditetapkan sekurang-kurangnya 10 minit sebelum masa yang ditetapkan.
5.      Selepas pengajaran ketua atau penolong   tingkatan akan memulangkan semula bakul  buku yang dipinjman.

Thursday 19 April 2012







MAJLIS WATIKAH LANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN
PERASMIAN SISTEM SMS UNTUK PINJAMAN BUKU PROGRAM NILAM

Majlis Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah
Tarikh : 2 April 2012
 Hari : Isnin
Tempat: Dataran KEJAT SJM
Masa: 7.30-8.30  Pagi

 
Pendahuluan :

1.Program Watikah Perlantikan Pengawas Pusat Sumber ini merupakan satu proses melantik murid SMKJM yang berkelayakan sebagai Pengawas Pusat Sumber bagi membantu pihak sekolah mengendalikan perpustakaan dan bilik-bilik khas di pusat sumber sekolah. Program ini dirancang bagi memberi mandat kepada Pengawas Pusat Sumber menjalankan tugasnya dengan lebih yakin, berdedikasi dan berdisiplin.

Objektif

   1. Memberi  pengiktirafan kepada Pengawas Pusat Sumber Sekolah ( Pemberian
       sijil dan lencana Pengawas PSS dijalankan)

    2. Memberikan pendedahan kepada Pengawas Pusat Sumber berkaitan
       perjalanan pengurusan majlis.

   3. Menimbulkan rasa bertanggungjawab dan bersungguh menjalankan tugas di pusatsumber melalui         pengiktirafan ini.