Aktiviti Terkini Pusat Sumber Sekolah

Aktiviti Terkini Pusat Sumber Sekolah 2011

Tuesday 6 December 2011

Memperkasakan Pusat Sumber di Mata Ibu Bapa







Salam,
Pusat Sumber sekolah merupakan satu elemen yang penting disekolah dalam merencana dan membantu guru dan pelajar meningkatkan pengetahuan dan kecemerlangan pelajar khususnya pencapaian akademik, melalui pelbagai kemudahan yang tersedia ada. Jesteru itu adalah amat perlu ibu bapa  mengetahui dan melihat sendiri perkembangan dan peranan pusat sumber di sekolah khususnya untuk membantu anak-anak mereka dalam pembelajaran dan pengajaran.  Pusat Sumber Sekolah merasa amat berbangga kerana telah dijadikan tempat berlangsungnya Majlis Anugerah SMKJM 2011. Anugerah ini meliputi anugerah perfect score, pelancaran majalah sekolah dan juga anugerah NILAM yang melibatkan kehadiran ibu ke pusat sumber sekolah. Para ibu bapa telah diberikan taklimat mengenai pernan Pusat Sumber Sekolah, Kemudahan-kemudahan yang terdapat di pusat sumber sekolah dan tak lupa juga usaha untuk menarik para pelajar menyertai pengawas pusat sumber sekolah.  Dalam usaha untuk menambah bilangan koleksi bahan buku di PSS .Ibu bapa juga diseru dan  digalakan menderma buku-buku terpakai kepada PSS sekolah.


Bagi pihak Pusat Sumber Sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengetua, barisan pentadbir, AJK  yang terlibat, para pelajar dan semua guru pusat sumber sekolah yang telah menjayakan majlis ini dengan cemerlangnya. Terima kasih .

No comments:

Post a Comment