Aktiviti Terkini Pusat Sumber Sekolah

Aktiviti Terkini Pusat Sumber Sekolah 2011

Thursday, 20 January 2011

Pusat Sumber Sekolah Mula Beroperasi

Pn. Nurulhuda binti Abdul Wahab
Bersyukur kehadarat Illahi kerana dengan keizinannya jua  Pusat Sumber Sekolah kita telah berupaya kembali beroperasi seperti sedia kala . Kesungguhan dan keyakinan serta usaha bersungguh AJK PSS telah memungkinkan proses pemindahan  dari PSS yang lama ke bangunan baru dapat dilaksanakan  dalam masa satu bulan. Insayaalah kita akan berusaha meningkatkan sistem pengurusan pengurusan pusat sumber kita ke tahap yang terbaik dan berkesan. Segala yang baru memberikan semangat kepada semua pihak  untuk terus berusaha dan bekerja keras mencapai misi dan visi kita. Alhamdulilah ramai  pelajar yang berminat untuk menjadi pengawas PSS. Hasil dari pemerhatian di dapati pengawas-pengawas ini telah dapat melaksanakan tugas dengan penuh didikasi. Kami juga ingin  merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada Pn. Nurulhuda binti Abdul Wahab Penyelaras Pusat Sumber yang baru. Mudah-mudahan dengan pelantikan ini  ianya akan melicinkan dan meningkatkan lagi keupayaan PSS SMK Jalan Mengkibol memainkan peranannya sebagai pemangkin kecemerlangan pendidikan. Tahniah!

Sunday, 9 January 2011

Guru Membina Tabiat Membaca


Walau apa sahaja kecanggihan perkakasan dan perisian yang digunakan dalam sistem penyampaian maklumat, membaca merupakan satu proses yang amat diperlukan untuk mengakses, menterjemah dan akhirnya memahami maklumat tersebut.
Proses ini berlaku di sekolah dan guru merupakan sumber utama yang mampu memupuk budaya membaca ini dalam kalangan murid. Memang tidak dapat dinafikan membaca merupakan proses yang bosan serta tidak digemari oleh sebahagian besar murid-murid. Kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana membaca memerlukan daya tumpuan yang tinggi. Sedangkan isi bacaan, gaya penulisan dan olahan serta susunan grafik yang terdapat pada halaman-halaman buku tersebut amat mempengaruhi daya tarikan membaca.
Tidak hairanlah kenapa buku-buku atau majalah-majalah yang mempunyai saiz huruf  yang besar serta susunan grafik yang menarik dan berwarna –warni menjadi pilihan murid-murid. Manakala buku yang terlalu tebal, saiz huruf yang kecil dan tidak mempunyai gambar, kurang digemari oleh mereka. Dalam hal ini guru harus memainkan peranan yan penting dalam usaha memupuk budaya membaca. Mereka tidak seharusnya memberi arahan sahaja  kepada pelajar untuk membaca tetapi perlu merangka aktiviti yang sesuai dan menarik agar rasa bosan dapat ditangani.
Sebagai contoh aktiviti yang dirancang oleh guru bolehlah mengandungi arahan seperti berikut:
• Mencari dan meneroka
Mencari maklumat dan meneroka kisah yang terdapat di dalamnya.
• Menyenarai :
Menyenarai maklumat yang berkaitan dengan topic yang dibaca
• Melakar
Melakar peta minda atau bentuk grafik yang lain
• Menilai
Membuat jangkaan, mengkaji kebaikan atau kelemahan dan membuat cadangan terhadap bahan bacaan tersebut.
• Mempersembah
menyampaikan isi bacaan yang dilakar dalam pelbagai bentuk dan gaya persembahan seperti lakonan, bacaan berirama, berhujah dan sebagainya mengikut kesesuaian tahap masing-masing.
Aktiviti-aktiviti yang disebutkan di atas sebenarnya telah menggabungkan pelbagai deria dan gaya belajar serta mengambil kira aspek kepelbagaian kecerdasan yang ada pada seseorang  murid. Malah aspek pemikiran kritis dan kreatif serta budaya inovasi sudah digarapkan dalam aktiviti ini.
Guru seharusnya kreatif dalam proses merancang corak pembelajaran dan pemilihan media pengajaran kepada murid-murid. Kekangan masa serta hal-hal lain tidak harus dijadikan alasan kenapa pengajaran yang berasaskan sumber dan aktiviti tidak dapat dijalankan.
Perancangan yang rapi, pemilihan yang bijak  serta jiwa yang ikhlas mampu mewujud pembelajaran yang menarik dan berkesan ke arah pembentukan modal insan yang bermaklumat dan mulia.


sumber maklumat : Berita Harian

Perjumpaan Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Perjumpaan Guru PSS Kali pertama 2011

Aktiviti: Perjumpaan  Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Perjumpaan Guru PSS Kali pertama 2011

Tarikh : 8 Januari 2011
Masa : 11.45 pagi - 1.45 tengahari
Tempat : Pusat Sumber Sekolah


Satu perjumpaan pengawas pusat sumber sekolah telah diadakan pada 8 Januari 2010,  seramai hampir 50 orang pengawas baru dan lama telah hadir ke perjumpaan tersebut.

Aktiviti: 1. Pendaftaran pengawas baru PSS
            2. Memperkenalkan pengurusan baru PSS SMJM
            3.  Taklimat ringkas kepada pengawas PSS
            4. Penyusunan jadual bertugas untuk Hari Terbuka PSS.

Perjumpaan Guru
Aktiviti: 1. Taklimat pengenalan PSS kepada guru PSS yang baru
              - Misi,Visi,Objektif,Piagam Pelanggan 
              - Perancangan Strategik PSS 2007-2011
              - Hala tuju PSS 2011
              - Program PSS 2011
              - Anggaran belanjawan 2011 
              - Hal-hal lain
              - Perancangan program tambahan PSS mengikut unit masing-masing
              -Keceriaan PSS

Perjumpaan pertama telah ditamatkan jam 1.45 tengahari.

Hari Terbuka Pusat Sumber SMK. Jalan Mengkibol

Alhamdulilah , setelah berusaha sehabis daya, PSSSMKJM akan mula beroperasi pada 12 Januari 2011. Jesteru itu satu program Hari Terbuka PSSMKJM akan diadakan bermula dari 12 Januari hingga 14 Januari 2011. Semua Guru dijemput mengungjungi PSSMKJM .

Objektif Program

1. Memberi peluang kepada semua guru menyumbangkan idea dan merancang  ke arah membangunkan pusat sumber sekolah.
2. Memberikan kemudahan kepada guru untuk melihat alatan dan bahan yang terdapat dan boleh digunakan di PSS.
3. Menarik minat dan menggalakkan  guru-guru menggunakan pusat sumber sekolah di dalam aplikasi pengajaran dan pembelajaran mereka.
4. Memberi peluang kepada guru-guru panitia matapelajaran mewujudkan sudut matapelajaran masing-masing.

 Masa : Guru Sesi Pagi 10.30- 3.00 petang

            Guru Sesi Petang  12.00 tenghari - 3.00 petang.

Perpindahan PSS ke Blok Baru

Salam,
Pusat Sumber Sekolah SMK. Jalan Mengkibol telah berpindah ke blok bangunan baru. Pusat Sumber Sekolah kini ditempatkan di tingkat empat blok bangunan baru. Ianya merangkumi pusat sumber, bilik akses kendiri, bilik tayangan, dan pusat akses . Sepanjang cuti persekolahan bulan Disember kami bertungkus lumus memindahkan segala kelengkapan termasuk buku, bahan dan alatan perabut ke tempat yang baru. Pusat Sumber Sekolah mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih dan kalungan penghargaan kepada En. Jasni bin Sahid serta geng pembantu makmal, En. Nazri dan kumpulan pekerja swasta, pasukan Pengakap dan Persatuan Bulan Sabit Merah dan orang perseorangan yang membantu memindahkan pusat sumber kami. Sesungguhnya segala budi baik tuan puan hanya Allah juga yang mampu membalasnya.