Pn. Nurulhuda binti Abdul Wahab
Bersyukur kehadarat Illahi kerana dengan keizinannya jua Pusat Sumber Sekolah kita telah berupaya kembali beroperasi seperti sedia kala . Kesungguhan dan keyakinan serta usaha bersungguh AJK PSS telah memungkinkan proses pemindahan dari PSS yang lama ke bangunan baru dapat dilaksanakan dalam masa satu bulan. Insayaalah kita akan berusaha meningkatkan sistem pengurusan pengurusan pusat sumber kita ke tahap yang terbaik dan berkesan. Segala yang baru memberikan semangat kepada semua pihak untuk terus berusaha dan bekerja keras mencapai misi dan visi kita. Alhamdulilah ramai pelajar yang berminat untuk menjadi pengawas PSS. Hasil dari pemerhatian di dapati pengawas-pengawas ini telah dapat melaksanakan tugas dengan penuh didikasi. Kami juga ingin merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada Pn. Nurulhuda binti Abdul Wahab Penyelaras Pusat Sumber yang baru. Mudah-mudahan dengan pelantikan ini ianya akan melicinkan dan meningkatkan lagi keupayaan PSS SMK Jalan Mengkibol memainkan peranannya sebagai pemangkin kecemerlangan pendidikan. Tahniah!
No comments:
Post a Comment