Aktiviti Terkini Pusat Sumber Sekolah

Aktiviti Terkini Pusat Sumber Sekolah 2011

Sunday, 22 April 2012

PROGRAM PINJAMAN BERKELOMPOK MENGGUNAKAN KHIDMAT PESANAN RINGKAS (SMS) (NILAM)

PUSAT SUMBER SEKOLAH
SMK.JALAN MENGKIBOL, KLUANG, JOHOR.

PROGRAM PINJAMAN BERKELOMPOK MENGGUNAKAN
KHIDMAT PESANAN RINGKAS (SMS)
(NILAM)




1.0  Pendahuluan

       Kedudukan pusat sumber di tingkat empat bangunan baru sedikit sebanyak memberikan masalah kepada guru-guru untuk membawa pelajar melaksankan program NILAM. Selain dari keduduannya yang jauh. Perjalanan yang mengambil masa selama  5 hingga 10 minit amat menyukarkan guru melaksanakan program NILAM ini. Kesan dari permasalahan ini menyebabkan pinjaman dan penglibatan pelajar dalam melaksanakan program NILAM amat terhad. Jesteru itu, Ahli Jawatan Kuasa PSS  telah mengambil keputusan untuk menggunakan sistem  khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi memudahkan guru meminjam buku secara berkelompok utuk digunakan di dalam bilik darjah.

2.0 Rasional :
         Pengggunaan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dilihat sebagai satu cara yang berkesan dan  mampu untuk menyelesaikan masalah perhubungan yang jauh dan memudah guru melaksanakan program NILAM di dalam kelas melalui pinjaman secara berkelompok. Penggunaan gadjet atau kemudahan ini membolehkan guru menerima buku yang hendak dipinjam dengan kadar segera tanpa perlu bersusah payah  pergi ke pusat sumber sekolah. Malah ianya akan menjamin pelaksanaan sistem NILAM secara aktif dan menyeluruh melibat semua guru dan pelajar dengan cara yang amat mudah .        
3.0 Objektif:
1. Menggalakkan pinjaman buku untuk program NILAM
2. Membantu guru-guru melaksanakan program NILAM di dalam bilik darjah.
3. Meningkatkan penglibatan guru dan murid dalam program NILAM.
4. Mengatasi  masalah guru pergi  ke pusat sumber di tingkat empat
5. Meningkatkan  penglibatan murid menggunakan Pusat Sumber Sekolah.
6. Menggalakan pelajar  meningkatkan  ilmu  pengetahuan melalui pembacaan yang berterusan.
7. Menjadikan membaca sebagai amalan hidup.

4.0  Tarikh :
       Perasmian majlis  2 April 2012
       Program bermula 2 April 2012 (Sepanjang tahun)


Tatacara pelaksanaan program penggunaan SMS untuk pinjaman berkelompok

1. SMS kan maklumat berikut:
1. Nama guru
2. Tingkatan
3. Tarikh diperlukan
4. Hari
5. Masa waktu mengajar
6. Bilangan pelajar
7. Mata pelajaran
SMS hendaklah dihantar selewat-lewatnya sehari sebelum program NILAM dilaksanakan. 
Buku akan dihantar ke kelas tuan/puan 10  minit sebelum Waktu pengajaran.
 Sila Hubungi :
1.        Pn.Zuraidah bte Atan
       019-7484198
2.        En. Ismail bin Yon-
0197294098
3.        Pn.Khe Su Lin-
               0127200185
4.        Pn. Siti Rohani bte Sapawi
               017-7606692
 
Tatacara Pinjaman

1.     SMS maklumat yang dikehendaki kepada nombor yang diberikan sehari sebelum pinjaman buku di buat.
2.     Guru/pembantu pusat sumber sekolah akan menerima SMS dan memasukan maklumat yang diberi ke dalam buku rekod pinjaman melalui SMS
3.     Menyediakan buku-buku pinjaman yang dikehendaki di dalam bakul yang mengandungi 40 buah judul buku.
4.     Pengawas Pusat Sumber Sekolah akan menghantar buku – buku yang dikehendaki ke kelas yang telah ditetapkan sekurang-kurangnya 10 minit sebelum masa yang ditetapkan.
5.      Selepas pengajaran ketua atau penolong   tingkatan akan memulangkan semula bakul  buku yang dipinjman.

No comments:

Post a Comment