Salam,
Seringkali kita melihat para pelajar dan guru
-guru jarang menggunakan pusat sumber sekolah sebagai tempat untuk
meneruskan aktiviti pembelajaran selepas waktu persekolahan. Beberapa
faktor boleh diambil kira seperti pss terletak ditempat yang jauh. di
tingkat empat. panas dan tidak selesa , kekurangan bahan rujukan dan
bacaan yang menarikminat pelajar serta pss ditutup kerana tidak ada guru
mahupun pembantu pss untuk memastikan ianya beroperasi seperti yang
dikehendaki oleh pelanggannya. PSS dengan peruntukan pcg sedia ada
mahupun melalui bantuan komuniti setempat harus diperlengkap dengan
segala kelengkapan dan bahan yang memadai untukmenarik minat para
pelajar mengunjungi dan menggunakan nya pada setiap masa.
Usaha
yang tinggi dan gigih harus digembelingkan oleh semua pihak untuk
memastikan kemahiran pembelajaran kendiri dapat dipraktikan oleh pelajar
sama ada dengan bimbingan guru ataupun tidak. Memandangkan pss adalah
wadah yang perlu diikuti dan digunakan oleh para pelajar selepas dari
alam persekolahan untuk menuju zaman kolej dan universiti. Langkah pertama
di pusat sumber sekolah akan memberikan dan memperluaskan peluang serta berkeupayaan meningkatkan
kecemerlangan sesaorang pelajar . Sesungguhnya pusat sumber sekolah
mampu memartabatkan kecemerlangan sesaorang individu. Manakala guru-guru
yang menggunakan pusat sumber sekolah sebagai tempat untuk membimbing
pelajar dengan menggunakan bahan bahan yang disediakan oleh diberikan
pujian dan galakan untuk memastikan para pelajar ini cinta buku dan
merindui lambakan ilmu. Apatah lagi jika ianya disediakan secara percuma
dan selesa.Tahniah cikgu!