Aktiviti Terkini Pusat Sumber Sekolah

Aktiviti Terkini Pusat Sumber Sekolah 2011

Tuesday, 16 April 2013

Pusat Sumber Lambakan Ilmu

Salam,

Seringkali kita melihat para pelajar dan guru -guru jarang menggunakan pusat sumber sekolah sebagai tempat untuk meneruskan aktiviti pembelajaran selepas waktu persekolahan. Beberapa faktor boleh diambil kira seperti pss terletak ditempat yang jauh. di tingkat empat. panas  dan tidak selesa , kekurangan bahan rujukan dan bacaan yang menarikminat pelajar serta pss ditutup kerana tidak ada guru mahupun pembantu pss untuk memastikan ianya beroperasi seperti yang dikehendaki oleh pelanggannya. PSS dengan peruntukan pcg sedia ada mahupun melalui bantuan komuniti setempat harus diperlengkap dengan segala kelengkapan dan bahan yang memadai untukmenarik minat para pelajar mengunjungi dan menggunakan nya pada setiap masa.

 Usaha yang tinggi dan gigih harus digembelingkan oleh semua pihak untuk memastikan kemahiran pembelajaran kendiri dapat dipraktikan oleh pelajar sama ada dengan bimbingan guru ataupun tidak. Memandangkan pss adalah wadah yang perlu diikuti dan digunakan oleh para pelajar selepas dari alam persekolahan untuk menuju zaman kolej dan universiti. Langkah pertama di pusat sumber sekolah akan memberikan dan memperluaskan  peluang serta berkeupayaan  meningkatkan kecemerlangan sesaorang pelajar . Sesungguhnya pusat sumber sekolah mampu memartabatkan kecemerlangan sesaorang individu. Manakala guru-guru yang menggunakan pusat sumber sekolah sebagai tempat untuk membimbing pelajar dengan menggunakan bahan bahan yang disediakan oleh diberikan pujian dan galakan untuk memastikan para pelajar ini cinta buku dan merindui lambakan ilmu. Apatah lagi jika ianya disediakan secara percuma dan selesa.Tahniah cikgu!














No comments:

Post a Comment